Photo Albums at WiddlyTinks.com

..Terima Kasih Kepada Mereka..

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

..Contest "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR..

My Dream Wedding
Bila ditanyakan pada saya, bagaimanakah Majlis Perkahwinan Impian saya akan kelihatan?
Jawapan yang saya akan berikan ialah walaupun dengan budget yang sederhana, saya akan pastikan ianya kelihatan serba lengkap dan sungguh meriah.
Hinggakan apa sahaja detik-detik manis yang berlaku itu akan setia terpahat di dalam setiap kotak memori para hadirin yang hadir. Biarpun sudah berlalu hampir 7 keturunan, saya inginkan majlis saya masih tetap segar diperkatakan.
Siapa kata tidak boleh?
Ketahuilah bahawa tiada apa yang mustahil.
Setiap impian itu selalunya bermula dengan angan-angan.
Jadi, tidaklah salah untuk saya angankan memakai busana rekaan Datin Lynda Rahim sebagai tatapan tetamu yang berkunjung di majlis persandingan saya nanti.
Rekaannya yang halus membuatkan hati saya meronta-ronta inginkan ianya disarungkan pada badan saya.
Sudah lama saya impikan untuk menyarung sepatu tinggi yang berlabel merah dimana tercalit di situ Lynda Rahim Kuala Lumpur.
Tiada apa yang lebih indah pabila foto-foto yang dirakam turut diselitkan gambar sepasang kaki halus sedang menyarung sepatu rekaan LRKL.
Bagi bakal pengantin, busana rekaan Datin Lynda Rahim yang kelihatan sungguh mewah dan eksklusif itu pasti akan memukau pandangan anda.
Lihat saja busana yang dipadankan oleh Elyana serta Serina di majlis resepsi mereka.
Sememangnya sesuatu yang tidak pernah saya impikan.
Tetapi mereka tetap tampak segak dan cantik pabila dikenakan rona hijau keemasan itu.
Wahh..alangkah bangganya pabila berjalan sambil memakai warna busana yang jarang digayakan oleh orang lain.
Dan semua itulah yang pasti membuatkan majlis anda akan dikenang oleh semua orang yang hadir.
Ada lagi.....Saya juga turut mengimpikan detik serta saat-saat rakaman indah di hari bahagia saya itu akan dirakamkan oleh CST Production team.
Pertama kali saya melihat penghasilan video mereka untuk pasangan Elyana & Khairul Love Story, seakan saya telah jatuh cinta pandang pertama.
Mana tidaknya, pilihan lagu-lagu mereka juga cukup indah pabila dimainkan.
Berfikir saya sejenak.
Adakah mereka ini mempunyai kamus lagu-lagu love story?
Secara jujurnya, CST telah merubah mentaliti serta persepsi saya sebelum ini.
Sebagai seorang jurugambar sambilan, yang menangkap serta mengabadikan potret pasangan bahagia, saya hanya dapat melihat kepentingan gambar yang diabadikan.
Bukanlah rakaman hidup yang dikekalkan.
Tetapi saya lupa, bahawasanya, semasa kecil lagi saya telah mengimpikan untuk mempunyai seorang teman yang akan merakam detik manis saya supaya suatu hari nanti gelak tawa di hari itu masih jelas saya boleh kedengaran di dalam rakaman tersebut.
Percayalah, hasil kerja CST Production sangatlah membanggakan.
Ianya tampak kemas dan memuaskan.
Boleh juga saya katakan bahawa ianya boleh membuat hati saya tersenyum sambil ingin mengulang-ulang rakaman tersebut.
Tidak lupa juga, saya turut mengimpikan sambil berjalan di atas karpet merah melangkah masuk ke dalam dewan dengan diiringi muzik akustik serta rakaman Love Story to save the date saya yang dirakam oleh CST team turut dimainkan di layar skrin besar di dalam ruangan dewan tersebut.
Akhir kata, saya akan duduk tersenyum puas mendengar respon "IT'S PERFECT!" dari setiap para hadirin yang hadir.


Tuesday, September 28, 2010

..PINK Contest!..

Hai peeps..^_^
Entri ni saya ingin kongsikan dengan blogger-blogger di luar sana which i dedicated especially to the owner of the contest, Cik Syahira..
Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh join contest Cik Syahira di http://mynameissyahira.blogspot.com/2010/08/syahirafauzan-pink-contest.html#comments
Untuk melengkapkan lagi contest ni, saya sertakan gambar-gambar saya dengan Pink outfit..
Pink skirt with the pink shades..
Sebelum ni favorite lah pakai.
Tapi lepas potong rambot pendek dan menyesal, belek pon dah jarang dah skirt tu..hee
Next is, me and Incik Chenta with the pink outfit during my cousin's wedding.
Kenalah ikut tema mereka..huhu
Sedikit yang saya nak kongsi tentang baju saya atas ni ialah baju ni pemberian bonda sempena Besday saya yang ke-23..
Haa..tahun ni lahh..hehe
Daripada beli kain sampailah upah tailor..
Saya cuma design saje..
Totalnya macam dah boleh beli baju tunang..
*Terima kasih again, bonda..^_^
Tada daa..
Inilah saya dengan rambut yang saya menyesal sangat sampai sekarang ni..
Anyway, ni time kami berdua sedang bekerja yer..hee
Tukang ambik gambar orang kawen..
Last but not least..
Saya dan Incik Chenta, again di persandingan orang..hehee
Time ni memang plan nak pakai pink same-same..
To be frank, i had never participated in any contest from any blogger before..
But one day, while i am blog walking to this pretty lady's blog, Cik Syahira, then i saw the entry where it had attracted me so much to join in..=)
Secara kebetulannya saya sangat dan teramatlah meminati warna jambu ni..hehe
Sejak dari sekolah sampailah ke college, beg sekolah, pencil case, stationaries dari pen, mechanical pencil, pemadam, scissor, file, semuanya jambu..^_^
Masa kat asrama pulak, baldi, seluar tido, baju tido, selipar, shampoo, berus gigi, semua saya nak tunjuk jambu..haha
Sampailah sekarang, baju saya, baju incik Chenta, kasut nike saya (masa nak beli warna full pink tiada, yang ade tanah putih and lining pink. Pun saya beli jugak..hee), seluar tido pon semua beli jambu, towel muka, towel badan, Blackberry saya, yang devil tu pon saya nak jambu..
Ada lagi satu casing masa beli tu pon saya suruh cina tu carik kedai lain warna pink..hehee..*jaat saya..^_^
So now you can see how deep my love with that colour right?
Hehee..
Untuk mengakhiri entri participation saya ni, saya haruslah lengkapkan slogan di bawah..

.."I wear pink outfit because.......pink is considered a color of good health and life. In Feng Shui, a pink quartz crystal is very powerful. Its like a symbols for your love and marriage. Plus, when i wear pink, it helps to calm my feelings and become more relaxed. For your information, a pink carnation means 'I will never forget you'..=)"

Suddenly i remembered my pink necklace crystal..
Tell you what..
There's an old Chinese lady pernah menegur rantai saya tu.
Katenya,.."Patutlah rata-rata lelaki isik minyak tadi pandang-pandang sama kamu."
She told me that Chinese believed that pink is a very good color for love and marriage.
But there is a risk..=)
The lady said,.."Make sure u jangan sampai jadik bini no.2 tau.."
Nak dijadikan cerita, lepas peristiwa hari tu, i am very seldomly wore the necklace.
Its only while im out with a date..hee
So, what say you?
XOXO ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails