Photo Albums at WiddlyTinks.com

..Terima Kasih Kepada Mereka..

Showing posts with label Health and Awareness. Show all posts
Showing posts with label Health and Awareness. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Johnson's Baby Clear Lotion Anti Mosquito


Agak-agak, siapa tahu mana saya boleh daptkan lotion ni..
I really need it for baby Anaqi..
Nyamok tu suke sangatlaaa nk menggigit dia..
Habis macam-macam da saya try..
Hasilnya?

Saketttt je hati nengok.
By the way, ape yang saya faham, lotion ni hanyalah sesuai utk 6 month baby and older..
Just nice la sbb Anaqi pon dah 6months plus.
Banyak dan merata kedai da saya carik lotion ni.
Still tak jumpa.
Kalau ada sesuapa tahu,atau jual lotion ni,sila buzz saya okeyhh..
Sebab setakat yang saya jumpa dalam carian Google,lotion ni banyak dijual di luar


Picture taken from Alia

Friday, October 28, 2011

Severed Morning Sickness During First Trimester..

Lama saya tak hupdate belog ni. Maklumlah, sebuk dengan hal sendiri. Bukan senang nak mengarang ni. Kena ada mood yang sesuai. Kalau tak, memang apa yang dikarang tu akan jadik jauh menyimpang dan tak ada motif. Sebab tulah ada segelintir orang tu apa yang dikarang tu sampai boleh menjatuhkan maruah serta aib orang lain. Ahaaa.

Oklah, straight to the point. Meh saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang melalui tempoh First Trimester for my first baby. Untuk pengetahuan uols, tempoh Trimester 1 ni bermula dari 0-12 minggu. Haaa..Bukan senang nak jadik ibu ni okk. Besar tanggungjawab dan peranan. Masa minggu ke 6 saya disahkan positif hamil, bersamaan juga dgn 1bln setengah, time tu syoknyer bukan main. Sebab tak rasa apa-apa lagi masa tu. Huhu. Tapi bila baca Diari Hamil, saya dah mula rasa takut. Hee. Sakit itulah sakit inilah. Bakal ibu mana yang tak cuak,beb? Haha..
Kemudian, semuanya bermula pada bulan kedua pregnancy. Saya melalui saat-saat yang agak memeritkanlah untuk bakal ibu yg first time macam saya ni. Morning sickness saya dah bukan morning jer. Afternoon, evening, night tak kira waktu. Dalam sebulan tu kerap jugaklah saya terpaksa ambil MC dan EL. Selera makan pon kurang. Mane tidaknye, apa yang dimakan semua dikeluarkan balik. Sedih tau uols. Kalau dekat opis tu lebih dari 10 kali saya berkejar ke toilet nak muntah semate-mate..huuu. Rasa macam nak duduk je dalam bilik air tu. Standby tepi sink takut-takut nak muntah lagi senang. Sambil muntah tu, menangis-nangis ni menahan rasa peritnya. Apalah nasib masa tu rasa. Kenapa ada kawan-kawan saya yang tak mengalaminya? Sighh..Tapi, bila saya teringat ada yang pesan pada saya masa tu, terus saya rasa tenang dan pikir positive. Haaa..nak tau ape benda pesanan tu? =) Kata seseorang pada saya, kebiasaannya, ibu mengandung yang teruk muntah dan loyanya, Insyaallah anaknya nanti seorang yang bijak. Alhamdulillah. Hehe..Dan ada fakta yang saya terbaca dalam buku mengatakan, mereka yang mengalami muntah dan loya-loya pada awal trimester, risiko kandungannya untuk gugur sangat rendah.

Saya ulang-alik sampai 2 kali masok air. Nak cerita pengalaman masok air pulak memang sampai bila-bila saya takkan lupalah. Kali pertama saya masuk air adalah di klinik. Incik husband siap boleh teman saya di sisi. Nasib baik sejam lebih saja. Saya sampai terlelap. Untung jadik isteri En. Zarizi ni. Setia dia  menemani saya ke sini ke sana.
Oklah, kali kedua saya masuk air pulak adalah di Hospital Putrajaya. Cepat memanglah cepat servisnya. Tapi bila saya dipanggil ke ruangan separa kritikal, memang waris tidak dibenarkan masuk ke dalam. Masa tu saya dah rasa down dah dengan ketiadaan si suami disisi. Kemudian, masa dorang nak cucuk saya untuk masuk air tu, saya mula tanya. Berapa bag air dorang akan masukkan untuk saya? Kebetulan masa tu saya sampai muntah darah. Sebab habis semua isi makanan saya dah muntahkan. Jadiknya, saya akan diberi 2 bag air. Adoiiii...Berapa lama pulak akan ambil masa untuk habiskan bag air tu? Kesian dyy tunggu saya kat luar tanpa mengetahui bagaimana keadaan saya di dalam. Kata mereka, satu bag tu akan mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. So, kalau 2 bag tu darabkanlah yer. Duhh...Lamanya rasa tak sanggup nak tunggu. Dorang pon mula mengesan urat saya untuk dicucuk. Ya Allah....korang nak tau berapa kali saya kena cucuk? 3! TIGA! Tiga kali beb. Senangnya dorang main keluar masuk jarum tu kat lengan saya ni. Tak kena kt sini cucuk pulak kat situ. Tak kena jugak, ambil tangan lagi sebelah pulak. Ya Allah Ya Tuhanku....Air mata saya dah bercucuran tahan sakit. Saya dah menjerit pon dorang pedulik apa? Yang penting jarum tu nak kena cucuk masuk jugak. Memang saya ingatlah apa yang dorang dah buat. Siap bersembang-sembang dengan geng-geng dorang, usik-mengusik staf perempuan yang ada sekali kat situ. Kesimpulannya, teruk macam mana saya sekalipon selepas tu, saya dah tak nak masuk air lagi dah. Saya kata dengan incik husband, saya akan minom air suam banyak banyak dan banyakkk..hee
Psss..ada baby dalam setahun umurnye masa kat sebelah katil saya tu, sampai menangis-nangis kena cucuk tak kena. Sampaikan tiub yang patot masuk air dari bag tu hanyalah dipenuhi dengan darah dia yang mengalir dalam tiub tu..adoiii
Apalagi yang saya boleh kongsikan ek? Wahhh..memang tak ingatlah masa ni. Saya lebih banyak terlantar di rumah. Tak larat langsung nak bangun buat pape. Kesian dyy, nak makan ka minom ka kena sendiri. Nasiblah dia memahami saya sangat. Setiap hujung minggu pon saya terbaring je kat umah. Memang tak keluar berjalan langsunglah. Dyy setia teman saya tengok tv, beronline.
Dia pon tak keluar mana-mana. Risaukan keperluan saya masa tu. Nak makan ape ka nak muntah ka nak ke toilet ke. Tak jemu dan mengeluh pon incik husband saya sorang ni. Untung jugak saya masih duduk sebumbung dengan mama and ayah. Mama tolong masak apa saya nak makan. Maklumlah, masa tu tekak ni nak ikut selera sendiri je. Masa raya haritu, rendang pon saya tak boleh nak bau. Rasa nak muntah yang amat. Nasik dagang pon saya jadik tak boleh nak telan. Susu dan soya yang saya giankan sangat sebelum ni, saya jadik nak muntah bila kena tekak. Itu perihal makanan.

Perihal hubungan saya dengan suami pula memang seperti yang saya dengar kata orang. Saya tak boleh bau suami sendiri. Jauuuuuh di sudut katil incik husband kena tidur. Dia pegang tangan saya pon tak boleh. Apa yang dia pakai semua tak boleh. Sabun mandi saya berapa kali tukar bau, syampu berapa kali saya beli. Siap dengan conditioner lagi tu. Alih-alih tak sedap jugak baunye. Memang sampai sekarang sabun mandi tu ada kat tepi bilik mandi tak boleh di usik. Huhu..sape nak? Saya ade lagi dua botol..hee
Baiklah, jika anda melalui pengalaman spt saya, apa yang saya boleh simpulkan di sini dari pengalaman pertama saya melalui tempoh Trimester Pertama adalah :-
  1. Hentikan pengambilan ubat tahan muntah jika ianya lebih membuatkan keadaan anda lagi teruk.
  2. Instead of pengambilan Asid Folik selepas makan di siang hari, cuba tukarkan masa pengambilannya pada waktu makan malam atau sebelum tidur malam.
  3. Sila makan atau isi perut anda sebelum ianya kosong. Kerana, once dia da kosong, korang akan rasa lapar dan ketika itulah loya dan muntah-muntah akan mariiiii..
  4. Banyakkan pengambilan air kosong jika nak elak masuk air..hehe
  5. Standby plastik atau beg kecil dicelah mana sekalipon. Samada dalam bag anda, kereta anda, briefcase suami anda atau dimana saja.
  6. Bila dah mula rasa loya silalah cuba untuk menelan gula-gula berangin ka, air feveret anda ka(mcm saya milo kotak..hehe)..Sebab nanti bila uols dah muntah, muntah tu taklah berbau busuk mana pon. Dan yang penting siap rase berangin lagi tu. Huhu. Yang paling best saya muntah, time tu saya dah rasa loya. Saya dah standby cepat-cepat minom milo kotak feveret saya tu. Then, bila muntah je tepi jalan tu macam paip air milo! Hahaha..sedap gak rasa. Saya muntah milo air..hehe
  7. Si suami sila banyak-banyakkan bersabar kerana sememangnya kesabaran anda sangat berbaloi nanti yerr..hehe
  8. Akhir sekali, ingatlah bahawa semua ini hanya ujian sementara sahaja dariNya. =)

Wednesday, September 28, 2011

Scan Your Baby In 4D at Vision College..

Excited pulak saya bila tengok orang gi buat 4D scan ni haa. Kebetulan officemate saya sorang ni dah masuk 7 bulan plus plus. Sembang-sembang mintaklah ditanyakan mana tempat yang murah nak buat. Ehhh..serious i tell u. Ingat murah ka nak buat 4D scan ni? Rata-rata yang saya dah surbey kat tenet dan belog-belog, ada yang hampir mencecah RM300 tau uolss. Ada tu, servisnya tidaklah hebat mana pon. Sehinggakan ada pulak yang kena bawa pendrive sendiri. What a shamed..

So, teringatlah cerita from bonda baru ni masa dia bersembang dengan my aunty. She said that my cousin baru je lepas buat 4D scan. The price was cheaper than outside. Then, teringatlah nak pm my cousin. Sambil-sambil nolong kawan tu, boleh jugak survey untuk diri sendiri kannn..hehe
Setelah tanya my cousin dan membuat sedikit tak banyak pon research, saya mendapati Vision College yang terletak di Kelana Jaya ni, mendapat sangat-sangat banyak good review. Kata mereka,tempat ni selalu fully booked. And that's why uols kena buat appoinment dulu sebelum berhajat nak terus pergi tu. The best time they will advise you to go is around 28-30 weeks.

Speaking of their rate pulak,dulu RM60. Mightbe that is before they became famous. Now it's RM90. Well, what do we expect right. Semua barang mau naik harga, takkanlah servis tak mahu naik kan? Hee..

Oklah, saya nak share ape yang menarik saya jumpa ialah...........tadaaaaa!

Source : Google
Seronok kan kan..anak blogger ni sempat jelir lidah tuuuu..Actually benda ni luck. Sebab, rata-rata gambar yang saya jumpa, anak mereka ni malu-malu. Huhu..Haa..seronok tau dapat tengok baby kite dalam perut tu in 4D. Selain daripada gambar, mereka juga turut sertakan softcopy video. Weee!

Any enquiry atau uols nak set appoinment ka, bolehlah klik di sini ok.. ^_^

Monday, November 29, 2010

..Bagaimana Nak Merawat Radang Tekak?..

Haa..
Apa pulak yang saya nak kongsikan kali ni?
Errmm..
Sikit saje..heee
Anyway, for the past 2 weeks ok, saya tahan sakit demam semua.
Dengan kata hati.."Esok lusa elok la tu.."^_^

Saya sangat tidak suka depends on medicine actually..
Haa..kan dah padan muka..
Dah seminggu lebih it's become worst.
Barulah nak ajak bonda teman pergi klinik.
Manalah tidaknya, pagi-pagi bangun tidur je menangis..*sob sob
.."Maa,tekak kekfa sakit...Nak cakap pon pedih..huuu.."

Sangat pedih nak bercakap..
Seriously i told you guys..
And even nak telan air liur pon perit.
Breathing pon terasa blocking..*sighh..

So, on last Saturday, saya pergilah klinik.
Nurse kat kaunter tu tanye..
.."Doctor lelaki je kami ada waktu ni..Boleh?"
"Sure sure..boleh je"..
Memandangkan saya dengan bonda in rushing.
So, tak mahulah tunggu lama-lama pulak.

Masuk je bilik, tengok muka doctor tu sangat serious.
Cuak pon ada.
Lepas duduk je, doctor tanye..
"Ape saya boleh bantu, Iffah?"
Saya pon ape lagi?
Pot pet pot pet pot pettt..
Bila dah habis tu, doctor cakap, "Ok,saya dah tahu apa masalah awak. Saya boleh tolong awak, tapi awak kena buat homework jugak.."
Heee..tengoklah list kat bawah ni.
Doctor tuliskan untuk saya..=)
Haaa..bonda tahan gelak bila doctor tu boleh perli saya lepas cakap tu.

"Iffah, awak kena cakap perlahan ok. Tone awak jangan kasik tinggi. Bercakap dengan orang pon jangan laju-laju..Ape awak ni suka karaoke?"

.."Ehhh..merepeklah doctor ni. Saya ni mana suke pergi karaoke"

"Awak kerja ape?"

Errr..apa saya nak jawab ni..alamak!

.."Saya kerja buat call.."*dush dush!Habislah kau Iffah..

"Haaa..dah buat call, tu yang asyik bercakappp je tak berhenti! Suara tak jaga"

Heee..kan saya dah agak..speak up to you,beb!ahaa..
So, lepas keluar klinik tu terus bonda ajak pergi carik benda-benda yang homework doctor bagi tu..huhu
Doctor siap tanye saya..
Gula-gula ape yang awak kena kemam yang paling bagus?
.."HACKS, doctor"
"Baguss.."
For your information, guys.
Selain daripada air, kemam gula-gula adalah sangat bagus dan berkesan bila tekak rasa kering dan penat bercakap.
Tak percaya?
Please try this at home..
Semalaman bila selang beberapa minit saya bercakap dah terasa pedih tekak ni, terus saya kemam HACKS.
It is really works!
Tekak rasa macam berair dan tak kering lagi..huhu
Then, buah betik.
Adoii..
Antara buah yang kurang enak bagi saya..
Bonda suruh habiskan jugak.
So, no choice Iffah..
Anyway, that's all i can share for now.
Thanks for dropping guys..^_^

Tuesday, May 18, 2010

..Petua Kempiskan Perut..

Mesti ramai suka petua ni. Mudah pula tu cara-caranya. So? Apalagi? Cuba-cuba la ya..

1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.

Selamat Mencuba!

..Simple Healthy Tips Untuk Kuruskan Badan..

..I think,this is the most topic that people will always like to browse with. Especially for ladies..;) .."How Can I Get Slim Like Her?"..OMG! Look at her. I wish I could have the cut like her! Anyway, in this post,I would like to share with all of you the healthy and simple tips yang saya dapat dari hasil research kt internet..Enjoy!;)

1. Jangan berlapar
..

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan..
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan acid HCL. Kekurangan enzim dan acid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.3. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..
Hehe..benda ni kita da selalu dengar. Tapi, adakah kita buat?

4. Elakkan minum minuman yang bergas..

Kann..tiap-tiap hari da pesan. Jangan minum air gas. Jangan..Tapi, nak minum jugak..Macam mana nk sihat kalau macam tu..5. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan.
Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

6. Amalkan makan malam sebelum jam 7 malam..

7. Kalau boleh jangan ada marjerin atau butter dalam peti ais tu..Buangkan!

8. Order air limau nipis atau pun jus oren..
Haaa..ni part plg mujarab. Banyak da kwn2 yg try eksperimen ni. Cuma terpulang pada anda..sanggop ke tidak hari2 pergi mamak telan air ni..;)

9. Jangan timbang berat badan tiap-tiap hari!

10. Ambil makanan yang berempah..
Penambahan lada hitam bukan sahaja boleh meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

11. Elakkan makan kicap..

12. Jangan makan makanan berkhabohidrat tinngi spt nasi (ni pantang besar)..
Selain itu, roti, mee hon,kueh teow atau mee.

13. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails