Photo Albums at WiddlyTinks.com

..Terima Kasih Kepada Mereka..

Friday, October 28, 2011

Severed Morning Sickness During First Trimester..

Lama saya tak hupdate belog ni. Maklumlah, sebuk dengan hal sendiri. Bukan senang nak mengarang ni. Kena ada mood yang sesuai. Kalau tak, memang apa yang dikarang tu akan jadik jauh menyimpang dan tak ada motif. Sebab tulah ada segelintir orang tu apa yang dikarang tu sampai boleh menjatuhkan maruah serta aib orang lain. Ahaaa.

Oklah, straight to the point. Meh saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang melalui tempoh First Trimester for my first baby. Untuk pengetahuan uols, tempoh Trimester 1 ni bermula dari 0-12 minggu. Haaa..Bukan senang nak jadik ibu ni okk. Besar tanggungjawab dan peranan. Masa minggu ke 6 saya disahkan positif hamil, bersamaan juga dgn 1bln setengah, time tu syoknyer bukan main. Sebab tak rasa apa-apa lagi masa tu. Huhu. Tapi bila baca Diari Hamil, saya dah mula rasa takut. Hee. Sakit itulah sakit inilah. Bakal ibu mana yang tak cuak,beb? Haha..
Kemudian, semuanya bermula pada bulan kedua pregnancy. Saya melalui saat-saat yang agak memeritkanlah untuk bakal ibu yg first time macam saya ni. Morning sickness saya dah bukan morning jer. Afternoon, evening, night tak kira waktu. Dalam sebulan tu kerap jugaklah saya terpaksa ambil MC dan EL. Selera makan pon kurang. Mane tidaknye, apa yang dimakan semua dikeluarkan balik. Sedih tau uols. Kalau dekat opis tu lebih dari 10 kali saya berkejar ke toilet nak muntah semate-mate..huuu. Rasa macam nak duduk je dalam bilik air tu. Standby tepi sink takut-takut nak muntah lagi senang. Sambil muntah tu, menangis-nangis ni menahan rasa peritnya. Apalah nasib masa tu rasa. Kenapa ada kawan-kawan saya yang tak mengalaminya? Sighh..Tapi, bila saya teringat ada yang pesan pada saya masa tu, terus saya rasa tenang dan pikir positive. Haaa..nak tau ape benda pesanan tu? =) Kata seseorang pada saya, kebiasaannya, ibu mengandung yang teruk muntah dan loyanya, Insyaallah anaknya nanti seorang yang bijak. Alhamdulillah. Hehe..Dan ada fakta yang saya terbaca dalam buku mengatakan, mereka yang mengalami muntah dan loya-loya pada awal trimester, risiko kandungannya untuk gugur sangat rendah.

Saya ulang-alik sampai 2 kali masok air. Nak cerita pengalaman masok air pulak memang sampai bila-bila saya takkan lupalah. Kali pertama saya masuk air adalah di klinik. Incik husband siap boleh teman saya di sisi. Nasib baik sejam lebih saja. Saya sampai terlelap. Untung jadik isteri En. Zarizi ni. Setia dia  menemani saya ke sini ke sana.
Oklah, kali kedua saya masuk air pulak adalah di Hospital Putrajaya. Cepat memanglah cepat servisnya. Tapi bila saya dipanggil ke ruangan separa kritikal, memang waris tidak dibenarkan masuk ke dalam. Masa tu saya dah rasa down dah dengan ketiadaan si suami disisi. Kemudian, masa dorang nak cucuk saya untuk masuk air tu, saya mula tanya. Berapa bag air dorang akan masukkan untuk saya? Kebetulan masa tu saya sampai muntah darah. Sebab habis semua isi makanan saya dah muntahkan. Jadiknya, saya akan diberi 2 bag air. Adoiiii...Berapa lama pulak akan ambil masa untuk habiskan bag air tu? Kesian dyy tunggu saya kat luar tanpa mengetahui bagaimana keadaan saya di dalam. Kata mereka, satu bag tu akan mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. So, kalau 2 bag tu darabkanlah yer. Duhh...Lamanya rasa tak sanggup nak tunggu. Dorang pon mula mengesan urat saya untuk dicucuk. Ya Allah....korang nak tau berapa kali saya kena cucuk? 3! TIGA! Tiga kali beb. Senangnya dorang main keluar masuk jarum tu kat lengan saya ni. Tak kena kt sini cucuk pulak kat situ. Tak kena jugak, ambil tangan lagi sebelah pulak. Ya Allah Ya Tuhanku....Air mata saya dah bercucuran tahan sakit. Saya dah menjerit pon dorang pedulik apa? Yang penting jarum tu nak kena cucuk masuk jugak. Memang saya ingatlah apa yang dorang dah buat. Siap bersembang-sembang dengan geng-geng dorang, usik-mengusik staf perempuan yang ada sekali kat situ. Kesimpulannya, teruk macam mana saya sekalipon selepas tu, saya dah tak nak masuk air lagi dah. Saya kata dengan incik husband, saya akan minom air suam banyak banyak dan banyakkk..hee
Psss..ada baby dalam setahun umurnye masa kat sebelah katil saya tu, sampai menangis-nangis kena cucuk tak kena. Sampaikan tiub yang patot masuk air dari bag tu hanyalah dipenuhi dengan darah dia yang mengalir dalam tiub tu..adoiii
Apalagi yang saya boleh kongsikan ek? Wahhh..memang tak ingatlah masa ni. Saya lebih banyak terlantar di rumah. Tak larat langsung nak bangun buat pape. Kesian dyy, nak makan ka minom ka kena sendiri. Nasiblah dia memahami saya sangat. Setiap hujung minggu pon saya terbaring je kat umah. Memang tak keluar berjalan langsunglah. Dyy setia teman saya tengok tv, beronline.
Dia pon tak keluar mana-mana. Risaukan keperluan saya masa tu. Nak makan ape ka nak muntah ka nak ke toilet ke. Tak jemu dan mengeluh pon incik husband saya sorang ni. Untung jugak saya masih duduk sebumbung dengan mama and ayah. Mama tolong masak apa saya nak makan. Maklumlah, masa tu tekak ni nak ikut selera sendiri je. Masa raya haritu, rendang pon saya tak boleh nak bau. Rasa nak muntah yang amat. Nasik dagang pon saya jadik tak boleh nak telan. Susu dan soya yang saya giankan sangat sebelum ni, saya jadik nak muntah bila kena tekak. Itu perihal makanan.

Perihal hubungan saya dengan suami pula memang seperti yang saya dengar kata orang. Saya tak boleh bau suami sendiri. Jauuuuuh di sudut katil incik husband kena tidur. Dia pegang tangan saya pon tak boleh. Apa yang dia pakai semua tak boleh. Sabun mandi saya berapa kali tukar bau, syampu berapa kali saya beli. Siap dengan conditioner lagi tu. Alih-alih tak sedap jugak baunye. Memang sampai sekarang sabun mandi tu ada kat tepi bilik mandi tak boleh di usik. Huhu..sape nak? Saya ade lagi dua botol..hee
Baiklah, jika anda melalui pengalaman spt saya, apa yang saya boleh simpulkan di sini dari pengalaman pertama saya melalui tempoh Trimester Pertama adalah :-
  1. Hentikan pengambilan ubat tahan muntah jika ianya lebih membuatkan keadaan anda lagi teruk.
  2. Instead of pengambilan Asid Folik selepas makan di siang hari, cuba tukarkan masa pengambilannya pada waktu makan malam atau sebelum tidur malam.
  3. Sila makan atau isi perut anda sebelum ianya kosong. Kerana, once dia da kosong, korang akan rasa lapar dan ketika itulah loya dan muntah-muntah akan mariiiii..
  4. Banyakkan pengambilan air kosong jika nak elak masuk air..hehe
  5. Standby plastik atau beg kecil dicelah mana sekalipon. Samada dalam bag anda, kereta anda, briefcase suami anda atau dimana saja.
  6. Bila dah mula rasa loya silalah cuba untuk menelan gula-gula berangin ka, air feveret anda ka(mcm saya milo kotak..hehe)..Sebab nanti bila uols dah muntah, muntah tu taklah berbau busuk mana pon. Dan yang penting siap rase berangin lagi tu. Huhu. Yang paling best saya muntah, time tu saya dah rasa loya. Saya dah standby cepat-cepat minom milo kotak feveret saya tu. Then, bila muntah je tepi jalan tu macam paip air milo! Hahaha..sedap gak rasa. Saya muntah milo air..hehe
  7. Si suami sila banyak-banyakkan bersabar kerana sememangnya kesabaran anda sangat berbaloi nanti yerr..hehe
  8. Akhir sekali, ingatlah bahawa semua ini hanya ujian sementara sahaja dariNya. =)

3 comments:

luvira said...

kite melalui saat2 'indah' yang sama...masa tuh rasanya iman di hati memang kene kuat...banyak2 istifar...nasib baik org sekeliling ramai membantu terutamanya husband ;)

Iffah Hamed said...

yeahh dear..=) betol tu..tanpa incik suami blom tentu kite sekuat tu..huuu

ryyhan said...

sabar bnyk2...myself pun sama masa 1st pregnant..asik dok toilet muntah2*mcm xkeje je..dh asik ilang gi toilet* ingatkan ilang once masuk trimester ke 2...pun tak jugak..plak masa tu bulan posa..lps buka..tgh2 malam muntah, makan sahur..pastu pg2 kat opis muntah lagik...tapi still puasa jugakla..sbb rasa ok

lps dh bersalin nnt...kena sabar tang lain plak..part anak, part diri sdiri rambut yg gugur, rehat tak cukup so on...

anyway enjoy ur pregnancy esp 1st time..tido le sepuas2nya sbb once dh ada anak tdo mmg tak cukup

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails