Bila dahaga, yang susukan aku.... mama
Bila lapar, yang suapkan aku.... mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mama
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mama
Bila bangun tidur, aku cari.... mama
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mama
Bila nak bermanja, aku dekati...... . mama
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..... mama
Bila nakal, yang memarahi aku.... mama
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mama
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mama
Bila takut, yang tenangkan aku.... mama
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mama
Aku selalu teringatkan ..... mama
Bila sedih, aku mesti talipon..... mama
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mama
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mama
Bila takut, aku selalu panggil... "mamaaaa!!!"
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mama
Bila ada masalah, yang paling risau.... mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.....mama
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... mama
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam, lauk pauk..... mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mama
Yang selalu berleter kat aku... mama
Yang selalu puji aku....mama
Yang selalu nasihat aku...... mama
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mama
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....mama
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mama
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... mamaku
Bila nak bercuti, aku bawa.....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mama
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku (eh tak boleh sambut valentine)
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mama ingat kat aku
Bila-bila... . aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mama
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk mama
"Kalau awak sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah awak kirim wang untuk mama? mama bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
mama pon bukan nye nak sangat duit kau.....
mama cume nak tengok anak mama je.....
mama cume nak pelok je anak mama.....
mama cume nak cium je anak mama....
Berderai air mata jika kita mendengarnya. ..........
Tapi kalau mama sudah tiada...... .....
MAAAA...RINDU MAMA..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... .
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
2 comments:
Thanks Iffah kena up load kan gambar-gambar lama mama.
sure..;)
no problem mam..hehe
Post a Comment