Mari mari semua rapat..
Ini adalah pesanan penting dari kami.
Sila ambil perhatian ye kawan-kawan.
This is based on our true story.
Al kisahnya, baru-baru ni kami ke sebuah kedai printing yang agak terkemuka jugaklah dikalangan ahli fotografer.
This is our first time ke kedai tersebut.
Ikutkan, kami ada panel printing kami sendiri.
Tapi sebab nak try harga baru dan qualiti baru, so kami cubalah di tempat ni.
Nak dipendekkan cerita, kami hantarlah order kami ni pada malam Isnin, dan mereka berjanji yang kami boleh buat collection pada Khamis malamnya.
Jadiknya, kami deal dengan client kami untuk delivery album pada hari esoknya iaitu Jumaat.
Apa yang berlaku pada Khamis malam tersebut, kami tiba seperti yang dijanjikan iaitu pada pukol 9 malam.
Saya rasa, tiada siapa yang suka menunggu.
Betul tak?
Ok fine, mereka kata sikit lagi nak siap.
Mungkin dalam half an hour lagi.
Tapi......ape yang mengecewakan saya adalah kami tunggu di luar hingga jam 11 malam!
Tanpa ada rase kesal dan juga kata maaf, mereka langsung tak ada budi bahasa.
Susah sangat ka nak sebut satuuuu patah perkataan tu?
.."MAAF.."
Sesama Melayu, tapi langsung tak de adab dan etika dalam perniagaan.
Saya cukup pantang!
Sudahlah servis mereka macam tu, kebetulan saya terperasan kesilapan mereka dalam antara album-album wedding client yang mereka print.
Saya harap sangat-sangat, kepada anda semua yang membuat tempahan album story board/book, custom album atau apa saje yang ditawarkan oleh fotografer anda, silalah semak dahulu dan pastikan tiada kesalahan seperti di bawah ini berlaku.
Cuba korang lihat, apakah kesalahan yang dilakukan?
Haaa..dengan selambe je mereka print tanpa ade rasa serba salah.
Jujur saya katakan, walaupun panel printing kami adalah kedai cina, tapi yang kami boleh respect adalah servis mereka..
Kebiasaannya, jika terdapat sebarang error di dalam editing kami, dorang tak akan simply print sebelum hubungi kami dan dapatkan confirmation untuk samada mahu meneruskan atau singgah semula untuk pengubahsuaian.
Ini tidak..
Korang tengoklah sendiri gambar-gamar di atas.
Perkataan pun dikerat, yang lagi menyedihkan bila tengok gambar outdoor pengantin perempuan tu habiss dipenggal kepalanya..sighh..
Pesanan saya juga kepada...:-
Pss..kepada jurugambar, pastikan selalu bahawa qualiti anda sentiasa berada di tahap yang memuaskan. ^_^
4 comments:
yep..bkn tak mau tlg org melayu tp kadang2 org melayu kita sendiri tak nak tlg diri sendiri..sbb tuh sy lebih prefer hantar printing dekat company cina..tp bkn smua company melayu mcm tu cuma sesetengah saje..no offense..sbb sy pun org mlayu..ngeh2..
yup. btol tu..sy sgt setuju!disebabkan sikap yg mcm ni yg buat melayu susah nk maju. mmg tak semua yg mcm tu. tp sy xsangka ada jugak melayu yg mcm tu. sesame kite pulak tu. sy pon bukanlah bgos sgt ntk bg bad review mcm ni. tp sy rasa org patot bukak mata dan minda..=) anyway,thanks for dropping by.
pic without kepala td..mmg amat menyakitkn ati..sbr je r..mmg ad org yg wat keja ala kadar ni.then sgt ssh tuk mntk maaf
terima kasih.
if x puas hati boleh ckp balik dgn org itu. xpun lapor kpd tribunal pengguna. hak kita, kalau yg tkt yg lain kena nasib sama. i ni pun hampir2 nk wat aduan kat tribunal pengguna pasal vendor. sblm btl2 lapor, i gila2 push (berbahasalah). ok. tp ada juga salah sikit. hurm.
bila kita complaint kat vendir, ckp kita ni mcm2. ntah.
Post a Comment