Photo Albums at WiddlyTinks.com

..Terima Kasih Kepada Mereka..

Friday, September 7, 2012

Diari Hamil keluaran Telaga Biru Adalah Pelengkap Kehamilan Bagi Setiap Bakal-Bakal Ibu..

Hello my lovely readers..
This is just a short entry to update..hee
By the way, saya just nak share hadiah kat bawah ni untuk bakal-bakal ibu.
It is totally recommended bagi melengkapkan lagi keperluan kehamilan uols..
Siapa yang tak kenal dengan Telaga Biru.
Buku-buku keluaran mereka antara yang orang selalu cari di mana-mana bookstore..
But kali ni saya tak nak share fasal buku lain.
Saya nak cerita fasal Diari Hamil kaler pink ni hokeyh..hik3
Nak dijadikan cerita habis setiap M2B yang close dengan saya akan dihadiahkan buku ni.
Terus terang saya bagitau, buku ni banyak membantu saya dari awal pregnant sampailah dah nak bersalin..
Setiap keresahan saya,kesangsian saya,semuanya Puan Diari Hamil ni yang nolong.
Maklumlah,sudahlah saya ni anak sulong.
Anak yang sedang dikandungkan pon anak sulong.
Ape jelah pengalaman yang saya ni ada lagi-lagi umur seusia saya ni.
Banyak simptom-simptom yang saya kutip dalam diari ni.
Kerana semasa di awal kehamilan saya pon tidaklah begitu sehat seperti ade sesetengah ibu lain yang masih punyai selera makan yang tinggi,badan yang sehat,lincah,serta himoglobin yang tinggi.
Tu yang penting tu.
Berbeza dengan keadaan saya pada awalnya, mual-mual, morning-sickness, kurang selera makan dan semua inilah menjadi punca penyebab rendahnya kadar himoglobin dalam badan saya.
Ouh..sebelum uols terkonpiusss,himoglobin ni adalah sel kandungan darah merah kalau tak silap saya.
Dan himoglobin yang rendah boleh menyebabkan berlakunya macam-macam komplikasi bukan sahaja terhadap si ibu, malah kepada anak yang dikandung.
Tetapi, petua serta tips yang dikongsikan di dalam diari ni sedikit sebanyak mengurangkan kegelisahan saya tatkala itu.
Dalam diari ni jugak,mereka turut berkongsi tentang perkembangan janin sehinggalah terbentuknya fizikal body.
Setiap minggu kite boleh tau, lepas ni janin tu jadik ape, then ape baby tu buat.
Dalam perut kite pon si kecil tu boleh bermimpi tau.
Bile saat dia akan membuka matanya..huhu
Serta, persiapan dan kelengkapan dalam menyambut orang baru..
And it wont stop until there.
Selepas bersalin tu apa pulak yang patut dibuat, petua-petua, resepi dan pemakanan ibu yang dalam pantang dan macam-macam lagilahhh..
Haa..tak bestlah nak cite panjang-panjang kat sini.
If uol nak tau better go and get the book..
Senang je..pergi kat MPH tu, habaq kat dorang uol nak buku Diari Hamil.
Kompem dorang tau..;)

By the way,gambar kat bawah ni masa first time beli buku ni..Sangat teruja uolss!

Next, I bought it for my boss and my lovely friend..;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails