Photo Albums at WiddlyTinks.com

..Terima Kasih Kepada Mereka..

Tuesday, March 16, 2010

..Anda MESTI BACA..

Salam..

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya..

PELAJAR : Guru, apakah ERTI CINTA? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
GURU : Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian,ambillah satu ranting..Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan,ertinya kamu telah menemui cinta..

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yg kosong.

GURU : Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun??
PELAJAR : Saya hanya terpaksa memilih satu ranting sahaja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya,saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di depan sana nanti. Maka,saya biarkan ranting itu. Lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya..
GURU : ye...itulah CINTA.


Dihari lainnya pula,pelajar tersebut bertanya kepada gurunya,..APA ITU PERKAHWINAN..?

GURU : Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok sahaja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar, dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan...

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut. Maka, guru pun bertanya...

GURU : Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?
PELAJAR : Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi, saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya..
GURU : Itulah PERKAHWINAN....

------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannnya..Jangan terlalu memilih,tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok je tu,rembat je cepat....

Lepas tu,cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan. Kalau xcukup nk buat duit kahwin, jangan risau..boleh pergi website ni..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails