..Terima Kasih Kepada Mereka..

Tuesday, July 21, 2009

..Some Phrase to Share..

JURUGAMBAR
"Sekeping gambar membawa seribu satu makna".
Bayangkanlah betapa kepentingan pengabadian saat indah pabila ditabalkan menjadi raja sehari. Secara normanya, bakal mempelai akan sedaya upaya untuk meminimumkan perbelanjaan yang melibatkan kos jurugambar. Cukuplah sekadar saudara mara sendiri yang manggalas tugas marakam memori laksana bidan terjun. Memang tiada salahnya. Apatah lagi seandainya mereka memang berkemahiran. Namun, jika sebaliknya yang berlaku, apakan terjadi? Jangan pertaruhkan memori bahagia ini terlepas begitu sahaja. Tidakkah anda ingin berkongsi detik-detik bahagia itu bersama zuriat tercinta? Malah, mungkin ada saudara mara dan sahabat handai yang tidak berkesempatan hadir ke majlis anda. Lantas, inilah masanya. Tunjukkan bukti yang kukuh, betapa cinta yang berpadu telah terpatri jua akhirnya. Justeru, apalah nilainya sedikit kerugian yang hanya dialami seketika, andai kebahagian yang dirasai berkekalan buat selamanya. Fikirkanlah..

2 comments:

♀zaRa♂ said...

makcik!!
i de promote u nye classic capture kt blog i..
huhuuhu

Iffah Hamed said...

tenkiu mak cik..;p
promote lg byk2 ea..^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails