Photo Albums at WiddlyTinks.com

..Terima Kasih Kepada Mereka..

Sunday, August 9, 2009

..Hisap Rokok atau Shisha Lagi Terok Kesannya?..

"Hookah" atau "Shisha" tidak selamat digunakan.

Menghisap "hookah" atau turut dikenali dengan nama lain seperti shisha, water pipe, ghalyan, dan okka, akan membawa risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau penggunaan produk tembakau yang lain. Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek berkata oleh sebab itu "hookah" bukanlah alternatif atau gantian kepada perbuatan menghisap rokok.

Katanya asap tembakau yang keluar dari balang air "hookah" sebenarnya mengandungi toksin yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru, penyakit jantung dan penyakit merbahaya yang lain.

"Penggunaan "hookah" kini semakin popular dalam negara, terutama di kalangan golongan belia kawasan bandar, dan buat masa ini masih belum ada kajian berhubung penggunaan "hookah" di Malaysia.

"Bagaimanapun, secara amnya, "hookah" dihidangkan kepada pelanggan di gerai makan, restoran, hotel dan kelab tertentu di bandar besar," katanya ketika menjawab soalan Loh Seng Kok (BN-Kelana Jaya) berhubung kesan kesihatan akibat penghisapan "shisha" dengan menggunakan "hookah" dan pemipit.

Bernama melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan baru-baru ini menegaskan "hookah" adalah tidak selamat untuk digunakan dan boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang khusus.

Chua berkata kajian juga mendapati bahawa pengguna "hookah" pada setiap satu masa biasanya akan menghisap asap tembakau dari alat ini dalam tempoh lebih lama berbanding menghisap sebatang rokok.

Beliau berkata menurut kajian itu juga, penghisap rokok akan menyedut 8 hingga 12 kali sedutan dalam masa 5 hingga 7 minit dengan 0.5 hingga 0.6 liter asap disedut.
Menurutnya penghisap "hookah" pula menyedut 50 hingga 200 kali sedutan dalam masa 20 hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 hingga 1 liter asap akan disedut.

Dr Chua berkata bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau terdiri daripada bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana proses pembakaran menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser.
Tambahnya, perbuatan berkongsi paip penyedut juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk "tuberculosis" dan hepatitis.-4/7/2005

Sumber Agenda Daily.net

..Hahaha. Macam mane? Adakah kalian maseh mahu berbangga menjadi seorang yang 'SHISHAHOLIC'??..Renung-renungkan..Kerna maseh ade yang sayang dan mahu saling ingat memperingati..=)

3 comments:

Giha said...

ohohohohohoh

useful information by miss iffah hamed

Kanda said...

hohoho.
agak pedas di situ.
sakit beb!
hahaha.
baik isap rokok.
hahahahha!

Iffah Hamed said...

hahaha..tenkiu miss gha!=)
sengal..hisap la smpai lebam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails