Photo Albums at WiddlyTinks.com

..Terima Kasih Kepada Mereka..

Thursday, March 10, 2011

..Apa yang and perlu tahu jika hendak bernikah di masjid Putrajaya..

Ok, kat dalam entri ni saya akan jawab beberapa soalan yang saya terima dalam inbox message saya..
Q : Bolehkah bernikah di Masjid Putra?
A : Boleh..siapa yang bilang enggak boleh..huhu

Q : Bolehkah kite mengadakan majlis makan-makan di situ selepas habis nikah?
A : Boleh..tapi..huhu
Q : Ada tak mereka sediakan ruang untuk tetamu makan di situ?
A : Ada..tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi daripada 150 orang.
Q : Dimanakah terletaknya ruangan makan tersebut?
A : Di koridor luar yang berhampiran. Mereka hanya akan menyediakan meja buffet dan tikar.

Q : Berapakah bayaran yang dikenakan?
A : Hanya RM50 sahaja. =)

Q : Bagaimana dengan dewan? Seperti yang terdapat di masjid Wilayah.
A : Mereka juga ada dewan. Tetapi, untuk tahun 2011, mereka telah diberikan arahan untuk tidak menerima sebarang tempahan dewan makan untuk majlis kenduri kahwin. Ianya berdasarkan insiden-insiden yang berlaku sebelum ini. Kebanyakan tetamu yang hadir tidak menghormati kawasan dengan berpakaian tidak menutup aurat dan sbgnya. So, mereka hanya menerima tempahan untuk majlis-majlis keagamaan sahaja.

Begitulah soalan-soalan lazim yang akan kite persoalkan termasuklah saya sendiri..^_^
Sebab itulah rancangan saya terpaksa dirombak semula.
Ikutkan senang, saya memang berhajat nak mengadakan majlis resepsi kami di sekitar masjid tu saje.Tapi bile ini jawapan-jawapan yang diberikan oleh mereka, saya terpaksa memikirkan inisiatif lain semula..

2 comments:

Hunny Kitty said...

memula dulu pon ngat nak buat majlis kat masjid putra nih....tapi last2 family ak setuju..ikoot je la~

Iffah Hamed said...

huhu..tu la..lgpon.ape yg dorg i mean guest atau sesape buat dlm msjid such as mengumpat xtutop aurat semua kite yg kne tanggung..huuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails