Photo Albums at WiddlyTinks.com

..Terima Kasih Kepada Mereka..

Wednesday, September 19, 2012

Tips Untuk Turun Berat Lepas Bersalin..

Haa..mai sini singgah.
Saya nak reveal ape rahsianya..
Seriously saya suka sangat nak share fasal ni..
Lepas habis jer pantang, semua yang jumpa rata-rata akan ajukan soalan yang sama pada saya.
Tapi akan ada jawapan yang paling utama saya akan jawab..=)
Mana taknye uols..
Lepas bersalin confirm semua mommies akan sedih tengok badan sendiri.
Same goes to me.
Bersalin dah normal dah.
Tapi kenapa ade buncit lagi?
Ingatkan lepas salin, baby dah keluar, air ketuban dah pecah, semua akan back to normal..
But NOOOO!
Not that easy hokeyhh..
You! Yourself!
Have to work out..
Waahh...gittew!
Ada gaya macam coach tak? Hehee..
Oklah, uols mesti dah lame sangat menunggu ni.
Iffah ni nak cakap tapi tak cakap cakap..huhu

Oklah,these are some few tips yang saya pegang dan ikot..Walaupon saya ni berpantang pon bukanlah sempurna sangat..hehe

Syarat wajib semasa mengandung!
Dengar dan ikot betol-betol ni okk..Mak cik saya pesan, kalau berat naik, pastikan JANGAN LEBIH 15KG!! Barulah senang nak turun uols. Trust me. Berat saya sepanjang almost 10months pregnancy naik 12kilo. Lepas bersalin alhamdulillah turun lebih 10 kg..ahaa..tak percaya? Ikot dulu..

Syarat wajib dengan suami!
Yang ini bidan kami,Mak Nah sendiri yang pesan. Pastikan pantang penuh 100 hari. So ladies, dalam tempoh 100 hari tu tak perlulah nak melaram-laram sangat yeer. Sebab kita buat ni pon untuk suami. Saya pon genap-genap seratus. Ikotkan hati nak extend contract lagi..hehe.

Syarat wajib dengan anak!
Breastfeed..Dah jadik tanggungjawab kita untuk menyusukan dia. Wahai kaum ibu, berusahalah anda memberikannya walaupon setitis. Berusaha selagi mampu. Kajian ternyata membuktikan bahawa ibu yang ingin kelihatan langsing digalakkan supaya menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun. Kan ikot sunnah Nabi tu. Setiap apa yang Nabi buat mesti bersebab. Tapi rezeki Anaqi hanya sampai dia berusia 4+ bulan. Walaupon tak lama, tapi gigih jugaklah saya. Huhu..

Bengkung dan Mustajab..
Haa..ini benda paling penting sekali bila lepas bersalin. Incik husband pon sibuklaahh nak bermustajab and bengkung lah bagai..huhu. But seriuos uol. Mak Nah urutkan saya pon guna Mustajab. Sebelum bengkung tu dibalut pon Mak Nah akan sapukan Mustajab tu. Hasilnya memang panas hokeyhh..Tapi saya boleh tahan sebab saya lagi suka.

Makan berpada-pada..
Walaupon dah habis pantang tu,tapi janganlah pulak nak balas dendam untuk 44 hari berpantang makan tu. Pelan-pelan kayoh uol..Apa yang saya kerap amalkan ialah pengambilan makanan berat hanya sekali sehari. Kalau tengahari saya dah lunch meriah dengan nasik campor lah bagai, malam saya hanya makan ringan-ringan.

Baby carrier!
Untuk orang yang susah dan tak sempat nak pergi jogging or gym macam saya ni, cukup tough jugak untuk kendong Anaqi ke sana ke sini. If keluar date dgn mama and sisters,saya lebih prefer pakai baby carrier. Leceh nak bawak stroller if incik husband was not around. But i tell you ya, me and my sister, Lad, boleh pusing-pusing The Curve then turun naik Ikea carik barang, lepas tu patah balik The Curve with only using Baby Carrier kendongkan si Anaqi and Rizqi..penat hokeyhh! But it helps..=)

Sent from my iPad

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails