..Terima Kasih Kepada Mereka..

Thursday, January 20, 2011

..Contest "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR..

My Dream Wedding
Bila ditanyakan pada saya, bagaimanakah Majlis Perkahwinan Impian saya akan kelihatan?
Jawapan yang saya akan berikan ialah walaupun dengan budget yang sederhana, saya akan pastikan ianya kelihatan serba lengkap dan sungguh meriah.
Hinggakan apa sahaja detik-detik manis yang berlaku itu akan setia terpahat di dalam setiap kotak memori para hadirin yang hadir. Biarpun sudah berlalu hampir 7 keturunan, saya inginkan majlis saya masih tetap segar diperkatakan.
Siapa kata tidak boleh?
Ketahuilah bahawa tiada apa yang mustahil.
Setiap impian itu selalunya bermula dengan angan-angan.
Jadi, tidaklah salah untuk saya angankan memakai busana rekaan Datin Lynda Rahim sebagai tatapan tetamu yang berkunjung di majlis persandingan saya nanti.
Rekaannya yang halus membuatkan hati saya meronta-ronta inginkan ianya disarungkan pada badan saya.
Sudah lama saya impikan untuk menyarung sepatu tinggi yang berlabel merah dimana tercalit di situ Lynda Rahim Kuala Lumpur.
Tiada apa yang lebih indah pabila foto-foto yang dirakam turut diselitkan gambar sepasang kaki halus sedang menyarung sepatu rekaan LRKL.
Bagi bakal pengantin, busana rekaan Datin Lynda Rahim yang kelihatan sungguh mewah dan eksklusif itu pasti akan memukau pandangan anda.
Lihat saja busana yang dipadankan oleh Elyana serta Serina di majlis resepsi mereka.
Sememangnya sesuatu yang tidak pernah saya impikan.
Tetapi mereka tetap tampak segak dan cantik pabila dikenakan rona hijau keemasan itu.
Wahh..alangkah bangganya pabila berjalan sambil memakai warna busana yang jarang digayakan oleh orang lain.
Dan semua itulah yang pasti membuatkan majlis anda akan dikenang oleh semua orang yang hadir.
Ada lagi.....Saya juga turut mengimpikan detik serta saat-saat rakaman indah di hari bahagia saya itu akan dirakamkan oleh CST Production team.
Pertama kali saya melihat penghasilan video mereka untuk pasangan Elyana & Khairul Love Story, seakan saya telah jatuh cinta pandang pertama.
Mana tidaknya, pilihan lagu-lagu mereka juga cukup indah pabila dimainkan.
Berfikir saya sejenak.
Adakah mereka ini mempunyai kamus lagu-lagu love story?
Secara jujurnya, CST telah merubah mentaliti serta persepsi saya sebelum ini.
Sebagai seorang jurugambar sambilan, yang menangkap serta mengabadikan potret pasangan bahagia, saya hanya dapat melihat kepentingan gambar yang diabadikan.
Bukanlah rakaman hidup yang dikekalkan.
Tetapi saya lupa, bahawasanya, semasa kecil lagi saya telah mengimpikan untuk mempunyai seorang teman yang akan merakam detik manis saya supaya suatu hari nanti gelak tawa di hari itu masih jelas saya boleh kedengaran di dalam rakaman tersebut.
Percayalah, hasil kerja CST Production sangatlah membanggakan.
Ianya tampak kemas dan memuaskan.
Boleh juga saya katakan bahawa ianya boleh membuat hati saya tersenyum sambil ingin mengulang-ulang rakaman tersebut.
Tidak lupa juga, saya turut mengimpikan sambil berjalan di atas karpet merah melangkah masuk ke dalam dewan dengan diiringi muzik akustik serta rakaman Love Story to save the date saya yang dirakam oleh CST team turut dimainkan di layar skrin besar di dalam ruangan dewan tersebut.
Akhir kata, saya akan duduk tersenyum puas mendengar respon "IT'S PERFECT!" dari setiap para hadirin yang hadir.


9 comments:

K.I.N.A said...

good luck iffah!

Lyana MK said...

good luck!!

http://lyanamk.blogspot.com/2011/01/panas-cam-cili-majlis-impian-saya.html

Noorhasmira said...

All the best!
My Dreams "Wedding" ~Ceritera Cik Mira~

bonda said...

Kejayaan bermula dengan impian. Impian itu free of charge. Semoga impian itu menjadi kenyataan yang free of charge jugak, amin.

Epa Zarifa said...

good luck sis!!

http://epagroove.blogspot.com/2011/01/contest-whats-hot-is-gettin-hotter-by.html

Iffah Hamed said...

thank you ladies..;) i also wish all the best to u girls..aminn

Sery Suryani said...

gud luck..=)
do visit mine..
http://serysuryani.blogspot.com/2011/01/contest-whats-hot-is-gettin-hotter-by.html

Iffah Hamed said...

thank you sery..;)
will do then..

eifa said...

jom tukar vote..mine 131..=))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails