..Terima Kasih Kepada Mereka..

Thursday, October 6, 2011

Tips Untuk Pasangan Yang Ingin Hamil..

Kat sini ingin saya kongsikan beberapa tips yang sedikit sebanyak dapat membantu pasangan yang ingin hamil. Haa..sesudah itu, jangan lupa pulak yer..Usaha itu haruslah didatangkan dengan tawakal. Hee..Lepas kite dah buat apa yang patot tu, mintaklah dengan Dia.


1. Pilih waktu terbaik untuk berjimak..
Waktu terbaik adalah pada masa subur atau ketika berlakunya proses ovulasi pada seseorang wanita.
Telur yang matang hanya akan dapat hidup selama 24 jam sedangkan sperma pula akan hidup 48 hingga 72 jam di dalam tubuh wanita.
Oleh itu, hubungan seks yang dilakukan sebelum waktu ovulasi adalah labih baik untuk meningkatkan peratusan kehamilan berbanding satu atau dua hari selepas ovulasi.

2. Frekuensi hubungan seksual..
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan. Tidak ada angka khusus yang dapat dipastikan. Ada wanita yang hamil hanya dengan sekali saja melakukannya tetapi terdapat juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Perkara terpenting adalah seberapa kerap anda melakukan hubungan seksual pada waktu yang terbaik untuk hamil.

3. Nikmati hubungan seksual anda..
Penelitian menunjukkan bahawa, ketika seseorang wanita mencapai orgasma, keadaan alkali (base) pada vagina wanita akan terbentuk. Pada waktu itu, sperma menyukainya berbanding keadaan normal vagina (asid). Jika anda mencapai orgasma pada waktu yang sama atau sesaat selepas pasangan anda berejakulasi, maka kesempatan sperma untuk selamat sampai ke ovum akan lebih tinggi.
Daripada 39 juta sperma hanya 30% sperma sahaja yang akan berjaya memasuki ovum yang matang.


4. Posisi hubungan seksual..
Posisi yang disarankan untuk meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan adalah lelaki berada di atas (man on top).


5. Jangan banyak bergerak selepas berjimak..
Tiada bukti yang menunjukkan bahawa dengan tidak bergerak dan tetap dalam posisi baring dengan kaki atau pinggul lebih tinggi selepas berjimak akan meningkatkan kesuburan. Ini disebabkan sebenarnya sperma sudah berada di dalam serviks sesaat selepas ejakulasi.
Tetapi terdapat pihak yang tetap menyarankan untuk memberi sedikit masa untuk sperma berenang ke serviks dan menganjal pinggul dengan sebuah bantal semasa berjimak.
Selain itu, yang terpenting juga sewaktu anda membersihkan diri, hindari daripada menggunakan cairan pembersih vagina sesaat selepas berjimak kerana cairan pembersih vagina bersifat toksik kepada sperma.


6. Suami perlu elak mandi air panas..
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau terlalu kerap mandi air panas. Ini akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau keadaan panas di kawasan testis akan mengganggu proses pembentukan sperma.


7. Tenang..
Ini kerana stres tidak akan membantu malah hanya akan mempersulitkan keadaan.


8. Menjaga kesihatan..
Ini adalah perkara asas yang paling penting. Ingat bahawa wanita yang sihat atau mempunyai berat badan yang ideal akan lebih mudah hamil berbanding wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Ingatlah, hanya Allah sahaja yang dapat menentukan segala-galanya. Sekiranya anda sudah cuba mempraktikkan semua tip-tip yang diberi tetapi masih menemui jalan buntu, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.

-sumber rujukan dari Diari Hamil Menanti Detik Kehamilan Bersama terbitan Telaga Biru-

4 comments:

Meey@ said...

nice tips lah iffah!
tapi, i masih belum ada rezeki.
Sama-sama doakan ye..=)

Iffah Hamed said...

meeya : tenkiu my dear..=) btw,insyaallah..soon or later,kalau ade rezeki tu,Dia akan bg..yg penting kite usaha..^_^

iedayah said...

lpas gugur ritu i blm ad rejeki lg..adoiyai..btw,gud info =)

Iffah Hamed said...

iedayah : sabar dear..my kazen 2kali gugur. and finally alhamdulillah,dia baru lepas bersalin last week. =) dapatkan rawatan yg sepatutnye dan ikot nasihat doctor k..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails